UTAMA



LOKASI SK SERI GADING

Sekolah ini terletak kira-kira 15 kilometer daripada bandar Batu Pahat dan 1 kilometer dari Pekan Seri Gading.


SEJARAH SK SERI GADING

Pengasas sekolah ini bernama Encik saat bin Lakom.Atas kesedarannya, beliau mengajak penduduk kampong bersama-sama membina sekolah ini.Akhirnya berdirilah sekolah ini  pada tahun 1924 dengan seramai 40 orang murid.  Pada tahun 1926, murid sekolah ini menjadi dua kali ganda iaitu seramai 80 orang. Pada tahun 1930 kerajaan negeri Johor telah bermurah hari membina bangunan sekolah berukuran 120’ x 24’.  Pada tahun 1978, Tun Hussein Onn telah memberi peruntukan sebanyak 1 juta Ringgit Malaysia untuk bangunan yang ada.  Sekolah ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin pada 20 Oktober 1987.

Pada tahun 2011 sebuah bangunan tambahan dan sebuah surau dibina untuk menampung bilangan murid yang sentiasa bertambah setiap tahun.  Sebuah  dewan terbuka diantara surau dan kantin telah disiap dibina pada tahun akhir tahun 2012. Semua murid sekolah ini adalah dari penduduk disekitar pekan Seri Gading dan kawasan berhampiran.  Kesemua murid aliran perdana adalah murid Melayu beragama Islam.

PENGASAS SEKOLAH SK SERI GADING
 
SEJARAH TERCIPTA PADA TAHUN 1960an

No comments:

Post a Comment